PROFIL MEMBACA RAKYAT MALAYSIA 2022/2023

1

2

3

4

BORANG SOAL SELIDIK PROFIL MEMBACA RAKYAT MALAYSIA 2022/2023

Tan Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sedang menjalankan kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia 2022/2023 yang bertujuan untuk mengkaji trend membaca rakyat Malaysia. Tujuan soal selidik ini adalah untuk:

1. Mewujudkan satu profil membaca rakyat Malaysia yang terkini;
2. Mengenal pasti tabiat membaca rakyat Malaysia mengikut lokasi, jenis bahan bacaan, bahasa bahan bacaan, kumpulan umur, jantina dan kekerapan membaca;
3. Mengenal pasti perubahan minat dan trend membaca terkini rakyat Malaysia terhadap pelbagai sumber bahan bacaan dan perkhidmatan perpustakaan yang disediakan;
4. Mengkaji impak Program Galakan Membaca dalam mempengaruhi budaya membaca rakyat Malaysia; dan
5. Mengenal pasti isu-isu, masalah dan korelasi di antara industri perbukuan dengan minat membaca rakyat Malaysia

Soal selidik ini merangkumi EMPAT (4) bahagian memerlukan tuan/puan untuk meluangkan masa antara 5-10 minit bagi melengkapkan soal selidik ini. Semua maklumat yang diperoleh dikategorikan sebagai SULIT.

Penyertaan anda dalam kajian ini melayakkan anda untuk menerima HADIAH CABUTAN BERTUAH.

Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut berkaitan kajian ini boleh berhubung melalui e-mel kami di alamat probaca2023@pnm.gov.my.

Maklumat yang diberikan akan dianalisis secara agregat dan tidak akan merujuk kepada mana-mana individu responden. Kerjasama dan perhatian anda untuk melengkapkan soal selidik ini amat dihargai.

Terima kasih.

MAKLUMAT YANG DIBERIKAN ADALAH UNTUK KAJIAN SAHAJA.